Monday, May 31, 2010

ANTARA PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIKOMEN

Dipaksa minum jus stoking


NORLIA menyiram pusara Nor Hashimah selepas selesai upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Islam di Taman Keramat, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Selepas empat hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) akhirnya meninggal dunia semalam.

Nor Hashimah Wahid, 30, disahkan meninggal dunia pukul 6.35 pagi akibat jangkitan paru-paru ketika sedang menjalani latihan Modul Jati Diri di Kem Latihan Jugra, Banting anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) sejak 23 Mei lalu.

Difahamkan, Nor Hashimah yang bertugas di Kementerian Kewangan, Putrajaya dipaksa menjalani latihan lasak di situ walaupun pernah mengadu tidak sihat.

Seseorang pelatih PTD wajib mengikuti latihan tersebut selama tujuh bulan yang merupakan antara syarat untuk pengesahan jawatan.

Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali memberitahu, mangsa pernah mengadu tidak sihat ketika latihan masuk hari kedua tetapi dia disahkan hanya mengalami demam biasa selepas mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.

"Keadaan bertambah buruk apabila kami semua dipaksa menjalani latihan fizikal yang keras termasuk berkayak selama empat jam, berendam dalam kolam berlumpur dan minum air jus stoking," katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, ekoran latihan lasak itu, Nor Hashimah semakin tenat apabila mukanya kelihatan pucat dan bibir kebiru-biruan sebelum dihantar ke HTAR Jumaat lalu.

Sementara itu, abang ipar mangsa, Zakir Hussain, 41, memberitahu, mereka sekeluarga amat kesal dengan tindakan pihak pengurusan program latihan yang langsung tidak memberitahu mereka mengenai kesihatan Nor Hashimah.

"Pelatih tidak dibenarkan menggunakan telefon dan masa arwah demam pun mereka tidak beritahu kami. Suami arwah hanya dihubungi selepas dia dimasukkan ke ICU," katanya.

Dalam pada itu, ibu mangsa, Norlia Hashim, 61, memberitahu, dia mendapati ada kesan luka dan lebam pada tubuh anak bongsunya itu ketika memandikan jenazah

"Bagaimanapun, saya tidak tahu apakah punca kesan lebam dan luka itu," katanya.

AL-FATIHAH

Kritikal selepas latihan ala komado
Oleh Badrul Kamal Zakaria
bhnews@bharian.com.my
2010/05/31
Norhashimah Wahid
Norhashimah Wahid
Pelatih PTD alami jangkitan paru-paru serius

KLANG: Seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami jangkitan paru-paru yang serius ketika menjalani latihan intensif ala komando di sebuah kem latihan di Banting, dekat sini.
Norhashimah Wahid, 30, yang baru mengikuti latihan selama tiga setengah bulan itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, sejak empat hari lalu.
Ibu kepada seorang anak itu, yang sebelum ini bekerja di sektor perbankan, mula menjalani latihan asas di situ sebagai syarat kelayakan untuk menjadi PTD.

Abang ipar Norhashimah, Zulyusri Zainal Abidin, 33, berkata mangsa pernah mengadu tidak sihat dan dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan ketika menjalani latihan tetapi hanya disahkan demam biasa sebelum kembali ke kem terbabit.

“Norhashimah pernah memberitahu tenaga pengajar yang beliau mahu pulang ke rumah untuk berehat tetapi dimaklumkan, jika enggan meneruskan latihan, beliau perlu menjalani semula latihan berkenaan selepas dua tahun,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di pekarangan bilik Unit Rawatan Rapi HTAR, di sini, semalam.

Zulyusri berkata, walaupun masih dalam keadaan lemah, adik iparnya itu dikatakan dipaksa menjalani latihan sama selepas bersetuju meneruskannya.
“Melihatkan keadaan Norhashimah yang lemah, beberapa rakannya mencadangkan beliau supaya berhenti atau mengambil cuti dan cadangan berkenaan dipersetujuinya.

“Bagaimanapun, seorang tenaga pengajar datang ke tempat Norhashimah sebelum memaksanya kembali meneruskan latihan.

“Ketika Norhashimah mahu mengambil sehelai jaket untuk mengurangkan kesan demam, tenaga pengajar terbabit merampas jaket berkenaan dan menyuruhnya terjun ke dalam sebuah parit berlumpur,” katanya.

Zulyusri berkata, selepas beberapa hari, keadaan Norhashimah menjadi semakin lemah serta tercungap-cungap sebelum beberapa rakan pelatih membawanya menemui tenaga pengajar di situ supaya dihantar menjalani rawatan di Hospital Banting (HB).

“Norhashimah hanya ditempatkan di wad HB selama sehari dan pernah memohon pihak kem supaya memaklumkan keadaan dirinya kepada keluarga tetapi tidak diendahkan, sebaliknya tiba semula di kem itu, beliau diarah menjalani latihan walaupun masih lemah.

“Adik ipar saya kemudian jatuh pengsan selepas keadaannya bertambah teruk. Tenaga pengajar kemudian membawanya menjalani rawatan di HB sebelum dipindahkan ke HTAR. Beliau kemudian disahkan mengalami jangkitan paru-paru berair (pneumonia) yang menyebabkannya sukar bernafas,” katanya.

Zulyusri berkata, keluarga Norhashimah berhasrat membuat laporan polis mengenai dakwaan pihak pengajar dan pengurusan kem terbabit yang didakwa gagal menjaga kebajikan pelatih dan berkemungkinan menyaman pihak terbabit jika dakwaan itu benar.

Tuesday, May 18, 2010

**BULAN ROMANTIK**


Bulan ni bulan romantik sebab 31 Mei nih kitorangnyer Anniversary.. hihi.. so kunun2 jiwang jap.. lagu ni ditujukan untuk abang encem dan juge cik puteri comel yang solehah.. huhu...


Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah