**H A W A**
t e r c i p t a d i d u n i a
Wednesday, September 15, 2010
DI SEBALIK KEJADIAN....
Bulan Ramadhan tahun nih banyak sgt dugaan yang terpakse dilalui.. Stress sangat sampai menitik air mate depan bos.. terketar2 lar tangan nih menahan marah.. macam2 lglar yg terjadi..
Tapi bile fikir2 balik.. mesti akan ada hikmah di sebalik semue kejadian nih.. kalau tak dapat kat kite.. InsyaAllah akan dapat kt anak2.. suami.. family.. n sahabat2 yang ad kat sekeliling kite.. of course kite kene lalui jugak dugaan walau ape pun yang terjadi.. semue ni dah ditentukan.. Allah S.W.T dah kurniakan kite akal fikiran untuk bertindak dengan wajar sekali.. tapi sedih ble ramai yang dah semakin tak rasional..
tolonglar wahai manusia2 di luar sana.. saye merayu sangat agar anda semue sentiase bersifat rasional.. takde nak menuduh orang itu dan ini.. ape yang penting sekali dalam hidup ni.. SABAR...
**Bismillahirrahmanirrahim... Ya Allah Ya Tuhanku.. Kuatkanlar iman kami semue.. Berilah kami petunjuk dan hidayahMu.. Tetapkanlah iman KAMI Ya Allah......
Wednesday, July 14, 2010
Wednesday, June 23, 2010
TEKNIK SUNTINGAN FOTO
++ Sesungguhnye jiwe ni sgt2 nak bli kamera hebat (DSLR).. tapi tidak berkemampuan...
++ Jiwe ni jugak sgt suke tgk gambar cantik2.. sgt2 kagum gambar org amik cantik2.. pastu edit cantik2... saye nak buat jugak.. tapi cm xde skill...
++ Saye sgt2 kagum cousin saye boleh buat buku KOMPILASI TEKNIK SUNTINGAN FOTO...
++ Abang Imran!!! saye nak buku nih!!!!!
++ Abang Imran!!! Tolong ajar saye!!!!!
++ Ade mase ke aku nak buat semue nih kalau pandai nanti..
++ wing...wing..wing....
Monday, May 31, 2010
ANTARA PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIKOMEN
Dipaksa minum jus stoking
nuraishah.amin@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Selepas empat hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) akhirnya meninggal dunia semalam.
Nor Hashimah Wahid, 30, disahkan meninggal dunia pukul 6.35 pagi akibat jangkitan paru-paru ketika sedang menjalani latihan Modul Jati Diri di Kem Latihan Jugra, Banting anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) sejak 23 Mei lalu.
Difahamkan, Nor Hashimah yang bertugas di Kementerian Kewangan, Putrajaya dipaksa menjalani latihan lasak di situ walaupun pernah mengadu tidak sihat.
Seseorang pelatih PTD wajib mengikuti latihan tersebut selama tujuh bulan yang merupakan antara syarat untuk pengesahan jawatan.
Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali memberitahu, mangsa pernah mengadu tidak sihat ketika latihan masuk hari kedua tetapi dia disahkan hanya mengalami demam biasa selepas mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.
"Keadaan bertambah buruk apabila kami semua dipaksa menjalani latihan fizikal yang keras termasuk berkayak selama empat jam, berendam dalam kolam berlumpur dan minum air jus stoking," katanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, ekoran latihan lasak itu, Nor Hashimah semakin tenat apabila mukanya kelihatan pucat dan bibir kebiru-biruan sebelum dihantar ke HTAR Jumaat lalu.
Sementara itu, abang ipar mangsa, Zakir Hussain, 41, memberitahu, mereka sekeluarga amat kesal dengan tindakan pihak pengurusan program latihan yang langsung tidak memberitahu mereka mengenai kesihatan Nor Hashimah.
"Pelatih tidak dibenarkan menggunakan telefon dan masa arwah demam pun mereka tidak beritahu kami. Suami arwah hanya dihubungi selepas dia dimasukkan ke ICU," katanya.
Dalam pada itu, ibu mangsa, Norlia Hashim, 61, memberitahu, dia mendapati ada kesan luka dan lebam pada tubuh anak bongsunya itu ketika memandikan jenazah
"Bagaimanapun, saya tidak tahu apakah punca kesan lebam dan luka itu," katanya.
AL-FATIHAH
Oleh Badrul Kamal Zakaria
bhnews@bharian.com.my
2010/05/31
Norhashimah Wahid
Norhashimah Wahid
Pelatih PTD alami jangkitan paru-paru serius
KLANG: Seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami jangkitan paru-paru yang serius ketika menjalani latihan intensif ala komando di sebuah kem latihan di Banting, dekat sini.
Norhashimah Wahid, 30, yang baru mengikuti latihan selama tiga setengah bulan itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, sejak empat hari lalu.
Ibu kepada seorang anak itu, yang sebelum ini bekerja di sektor perbankan, mula menjalani latihan asas di situ sebagai syarat kelayakan untuk menjadi PTD.
Abang ipar Norhashimah, Zulyusri Zainal Abidin, 33, berkata mangsa pernah mengadu tidak sihat dan dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan ketika menjalani latihan tetapi hanya disahkan demam biasa sebelum kembali ke kem terbabit.
“Norhashimah pernah memberitahu tenaga pengajar yang beliau mahu pulang ke rumah untuk berehat tetapi dimaklumkan, jika enggan meneruskan latihan, beliau perlu menjalani semula latihan berkenaan selepas dua tahun,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di pekarangan bilik Unit Rawatan Rapi HTAR, di sini, semalam.
Zulyusri berkata, walaupun masih dalam keadaan lemah, adik iparnya itu dikatakan dipaksa menjalani latihan sama selepas bersetuju meneruskannya.
“Melihatkan keadaan Norhashimah yang lemah, beberapa rakannya mencadangkan beliau supaya berhenti atau mengambil cuti dan cadangan berkenaan dipersetujuinya.
“Bagaimanapun, seorang tenaga pengajar datang ke tempat Norhashimah sebelum memaksanya kembali meneruskan latihan.
“Ketika Norhashimah mahu mengambil sehelai jaket untuk mengurangkan kesan demam, tenaga pengajar terbabit merampas jaket berkenaan dan menyuruhnya terjun ke dalam sebuah parit berlumpur,” katanya.
Zulyusri berkata, selepas beberapa hari, keadaan Norhashimah menjadi semakin lemah serta tercungap-cungap sebelum beberapa rakan pelatih membawanya menemui tenaga pengajar di situ supaya dihantar menjalani rawatan di Hospital Banting (HB).
“Norhashimah hanya ditempatkan di wad HB selama sehari dan pernah memohon pihak kem supaya memaklumkan keadaan dirinya kepada keluarga tetapi tidak diendahkan, sebaliknya tiba semula di kem itu, beliau diarah menjalani latihan walaupun masih lemah.
“Adik ipar saya kemudian jatuh pengsan selepas keadaannya bertambah teruk. Tenaga pengajar kemudian membawanya menjalani rawatan di HB sebelum dipindahkan ke HTAR. Beliau kemudian disahkan mengalami jangkitan paru-paru berair (pneumonia) yang menyebabkannya sukar bernafas,” katanya.
Zulyusri berkata, keluarga Norhashimah berhasrat membuat laporan polis mengenai dakwaan pihak pengajar dan pengurusan kem terbabit yang didakwa gagal menjaga kebajikan pelatih dan berkemungkinan menyaman pihak terbabit jika dakwaan itu benar.
Tuesday, May 18, 2010
**BULAN ROMANTIK**
Bulan ni bulan romantik sebab 31 Mei nih kitorangnyer Anniversary.. hihi.. so kunun2 jiwang jap.. lagu ni ditujukan untuk abang encem dan juge cik puteri comel yang solehah.. huhu...
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Kau yang bernama cinta
Maaf jikaku tidak sempurna
Mencintai dirimu
Kau yang bernama cinta
Kau yang bernama cinta
Thursday, April 8, 2010
+ QISYA 1 TAHUN + 5 MAC 2010 :)
Ni birthday kek Qisya yang abah die beli... makan ngan anggut, ninau, & oma n family & abg e'en dier...
abg E'en Qisya pun excited sgt2!!!
ni pulak gambar kek yang didatangkan khas dari Aunty Da!!! I love U Aunty Da!!! tenkiyu!!!!!!! thn depan nak lagi!!!! hehe.. sedap dan comel!!! tgklar kakak2 sepupu die kat bawah ni .. diorg pun suke sgt2!!!! tenkiyu!!!!! terharu gler sbnarnye ble dpt kek nih.. huhu.. semoge aunty da cepat2 bg Qisya adik.. : )
ni gambar besoknye Qisya g main layang2 naik basikal anggut die bg as die punye birthday present sambil makan coklat.. syoknyer!!!!