Thursday, July 16, 2009

PROGRAM BIASISWA YDPA

" Open to all my friends yang pass all the requirements below. If ade yang interested do contact me k??"

Kursus:
Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2009 Kelolaan Jabatan Perkhidmatan Awam

Tarikh Tutup Permohonan :
24 Ogos 2009

Tarikh Makluman Calon yang disenarai pendek untuk Temuduga :
10 September 2009

Tajaan :
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Rujukan :
Lampiran (maklumat penuh)

Kategori :
Warganegara Malaysia sahaja

Syarat - syarat :
Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian;
iii. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
iv. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
v. Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
vi. Mendapat tempat pengajian di institusi pengajian tinggi awam tempatan atau di universiti terkemuka dunia (Ivy League) dan setara.

Bagi pemohon yang terdiri daripada kakitangan perkhidmatan awam, pemohon hendaklah mengisi borang tambahan iaitu borang JPA(L)LDP 1B/96 (Pin.1/2003) dengan pengesahan markah LNPT oleh Ketua Jabatan untuk 3 tahun (2006, 2007 dan 2008).

Tempat :
Universiti Terkemuka (Dalam dan Luar Negara)

Tempoh :
Ph.D ( 3 tahun )
Sarjana ( 1 – 2 tahun )

Dokumen Permohonan :

i) Borang Biasiswa Yang di-Pertuan Agong
ii) Borang JPA(L)LDP 1B/96 (Pin.1/2003) (Perlu diisi oleh Kakitangan Perkhidmatan Awam Sahaja)

Pegawai Bertanggungjawab:
Puan Hawa Liyana bt Hashim

Tel: 03-8885 3436 / 3892
Faks: 03-88892172

E-mel: esila@jpa.gov.my

No comments:

Post a Comment