Tuesday, November 24, 2009

Cerita Penguin Yang Taat

** seruiously aku sgt suke story nih. Ehm.. Boleh dijadikan pengajaran dalam mendidik anak-anak nih. maklumlar masih belum ade pengalaman jage anak-anak. Masih banyak perkara perlu dipelajari. Sesungguhnya pengalaman banyak mendewasakan kita.
Teringat pulak pasal Qisya. Die dah pandai tepuk tangan dengan gembira bile kite cakap tepuk tangan! tepuk tangan! Semue ni bermule bile hari Ahad baru ni me & shah pergi main bowling kat alamanda. Seperti biase.. Qisya jadi penyokong setie. Bile abah atau ibu Qisya berjaya membowl dengan jayanyer (byk pin jatuh. nak strike jarang sekali.. haha).. kitorang akan bertepuk tgn dengan gembira.. & start dari situ Qisya pandai ikut tepuk tangan!! Hihi comel!! betullar orang kate kene selalu bawak anak jalan2 outdoor untuk buat die belajar banyak perkara. Tp kene controll jugak jgn terlebih expose.. hehe.. InsyaAllah.. semoge anak-anak menjadi insan yang berguna dunie dan akhirat.. amin.. semoge ape2 yang dikutip dari buku2, majalah2, blog2, nasihat2 orang tue dan macam2 lglar dapat dikongsi bersama dan menjadikan kami semue (parents & bakal2 parents) lebih bersedie dalam menghadapi cabaran sebagai ibu bapa..
okeh.. silelar bace CERITA PENGUIN YANG TAAT ni.. BEST!!!!
Cerita Penguin Yang Taat
Thursday, 05 November 2009 21:27 Pentadbir Ratuhati.com

Aku memandang anak-anakku, terdetik dihatiku, selalunya jika aku meminta mereka melakukan sesuatu, mereka akan merungut, bercerita mengapa itu, mengapa ini tetapi masih tetap tidak mahu melakukannya. Aku tahu anak aku lebih pintar daripada penguin tersebut. Tetapi apa yang membuatkan mereka berkelakuan begitu, amat sukar mengikut nasihat, pujukan apatah lagi perintah.Selepas tamat persembahan, aku membuat keputusan untuk bertanya jurulatih penguin tersebut bagaimana dia boleh melatih penguin tersebut melakukan apa sahaja arahannya dengan taat sekali. Sambil memandang kearah anak-anakku, dia berkata "Tidak seperti ibubapa, setiap kali penguin saya melakukan apa yg saya suruh, saya akan beri perhatian sepenuh kepadanya, memberi pelukan kepadanya dan memberinya ganjaran iaitu ikan".Serta merta terlintas di hatiku, setiap kali anak aku melakukan apa yang aku pinta ataupun sesuatu yang baik, aku sama ada kurang atau amat jarang sekali memberi perhatian kepadanya, mungkin kerana aku seorang yang sentiasa sibuk. Tetapi setiap kali anakku tidak mahu melakukannya, perhatian ku tertumpu kepadanya sebab aku tidak mahu membuat mereka menjadi anak yang ingkar.Ini sebenarnya secara tidak langsung aku mengajar mereka menjadi "little monster" atau pembangkang cilik jika mereka mahu perhatianku. Sejak hari itu aku cuba sedaya upaya memberi perhatian yang lebih kepada setiap tidak tanduk mereka yang baik dan memberi ganjaran setimpal dengannya. Aku utamakan pelukan, ciuman dan juga sentuhan yang mana itu juga merupakan tindakan fizikal yang amat berkesan menyalurkan perasaan kasih sayang.Kita tenggelam dengan cara pemikiran yang lebih menonjolkan benda-benda yang negatif, contohnya tajuk-tajuk utama akhbar selalunya mengenai musibah yang melanda, menonton TV pula dgn cerita keluarga yg porak poranda, filem pula mengenai tembak menembak, bunuh membunuh dan kemusnahan dunia yang mana mempengaruhi minda separuh sedara kita untuk hanya memberi perhatian kepada perkara-perkara negatif.Di dalam hidup kita apa yang kita fokuskan itu yang menjadi realiti hidup kita ini. Jika kita fokus akan kedegilan anak-anak, kemalasan suami, kelancangan mulut isteri, itu juga yang akan lebih berkembang biak menjadi lebih teruk dari hari kehari.Energy Flows Where Attention Goes.

No comments:

Post a Comment