Tuesday, November 24, 2009

ade lagi artikel yang best! Apa Rahsia menyebabkan Anak Yahudi Bijak Pandai berbanding Anak Orang Islam

** Tadi boring2 kat ofis.. aku bukak antare web fevret.. www.ratuhati.com. sambil search tentang mcm2 perkara mengenai ilmu rumahtangga aku terbace pasal 1 blog ni.. http://darwishndarwisya.blogspot.com/ -----> serius blog ni sgt2 bagus.. mcm2 ilmu boleh dishare.. antarenyer artikel bawah ni.. rajin2 bukaklar blog darwishndarwisya nih.. fuh bestnyer kalau aku boleh gak jadi cm die..

** ok then aku terbace 1 artikel ni.. penulis blog pun amik dari internet.. so bacelar.. renung2kan.. n teladanilah..

Apa Rahsia menyebabkan Anak Yahudi Bijak Pandai berbanding Anak Orang Islam
(Artikel ini diambil dari Internet yang telah memang dialih bahasa)
Penulis : Dr. Stephen Carr Leon

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu.. Mengapa Yahudi Bijak??. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum YAHUDI, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Adakah bijak boleh dijana?Maka saya tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.
Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab.. Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.
Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo (haram), apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ?? tekalah sendiri..! Ys, Yahudi!
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.
Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak fokus kepada sesuatu perkara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! (duit sebenar) Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa. Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.Merokok menjanjikan jenerasi yg bodoh (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival. Yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin ya dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis karangan (essay) sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Cerita Penguin Yang Taat

** seruiously aku sgt suke story nih. Ehm.. Boleh dijadikan pengajaran dalam mendidik anak-anak nih. maklumlar masih belum ade pengalaman jage anak-anak. Masih banyak perkara perlu dipelajari. Sesungguhnya pengalaman banyak mendewasakan kita.
Teringat pulak pasal Qisya. Die dah pandai tepuk tangan dengan gembira bile kite cakap tepuk tangan! tepuk tangan! Semue ni bermule bile hari Ahad baru ni me & shah pergi main bowling kat alamanda. Seperti biase.. Qisya jadi penyokong setie. Bile abah atau ibu Qisya berjaya membowl dengan jayanyer (byk pin jatuh. nak strike jarang sekali.. haha).. kitorang akan bertepuk tgn dengan gembira.. & start dari situ Qisya pandai ikut tepuk tangan!! Hihi comel!! betullar orang kate kene selalu bawak anak jalan2 outdoor untuk buat die belajar banyak perkara. Tp kene controll jugak jgn terlebih expose.. hehe.. InsyaAllah.. semoge anak-anak menjadi insan yang berguna dunie dan akhirat.. amin.. semoge ape2 yang dikutip dari buku2, majalah2, blog2, nasihat2 orang tue dan macam2 lglar dapat dikongsi bersama dan menjadikan kami semue (parents & bakal2 parents) lebih bersedie dalam menghadapi cabaran sebagai ibu bapa..
okeh.. silelar bace CERITA PENGUIN YANG TAAT ni.. BEST!!!!
Cerita Penguin Yang Taat
Thursday, 05 November 2009 21:27 Pentadbir Ratuhati.com

Aku memandang anak-anakku, terdetik dihatiku, selalunya jika aku meminta mereka melakukan sesuatu, mereka akan merungut, bercerita mengapa itu, mengapa ini tetapi masih tetap tidak mahu melakukannya. Aku tahu anak aku lebih pintar daripada penguin tersebut. Tetapi apa yang membuatkan mereka berkelakuan begitu, amat sukar mengikut nasihat, pujukan apatah lagi perintah.Selepas tamat persembahan, aku membuat keputusan untuk bertanya jurulatih penguin tersebut bagaimana dia boleh melatih penguin tersebut melakukan apa sahaja arahannya dengan taat sekali. Sambil memandang kearah anak-anakku, dia berkata "Tidak seperti ibubapa, setiap kali penguin saya melakukan apa yg saya suruh, saya akan beri perhatian sepenuh kepadanya, memberi pelukan kepadanya dan memberinya ganjaran iaitu ikan".Serta merta terlintas di hatiku, setiap kali anak aku melakukan apa yang aku pinta ataupun sesuatu yang baik, aku sama ada kurang atau amat jarang sekali memberi perhatian kepadanya, mungkin kerana aku seorang yang sentiasa sibuk. Tetapi setiap kali anakku tidak mahu melakukannya, perhatian ku tertumpu kepadanya sebab aku tidak mahu membuat mereka menjadi anak yang ingkar.Ini sebenarnya secara tidak langsung aku mengajar mereka menjadi "little monster" atau pembangkang cilik jika mereka mahu perhatianku. Sejak hari itu aku cuba sedaya upaya memberi perhatian yang lebih kepada setiap tidak tanduk mereka yang baik dan memberi ganjaran setimpal dengannya. Aku utamakan pelukan, ciuman dan juga sentuhan yang mana itu juga merupakan tindakan fizikal yang amat berkesan menyalurkan perasaan kasih sayang.Kita tenggelam dengan cara pemikiran yang lebih menonjolkan benda-benda yang negatif, contohnya tajuk-tajuk utama akhbar selalunya mengenai musibah yang melanda, menonton TV pula dgn cerita keluarga yg porak poranda, filem pula mengenai tembak menembak, bunuh membunuh dan kemusnahan dunia yang mana mempengaruhi minda separuh sedara kita untuk hanya memberi perhatian kepada perkara-perkara negatif.Di dalam hidup kita apa yang kita fokuskan itu yang menjadi realiti hidup kita ini. Jika kita fokus akan kedegilan anak-anak, kemalasan suami, kelancangan mulut isteri, itu juga yang akan lebih berkembang biak menjadi lebih teruk dari hari kehari.Energy Flows Where Attention Goes.

Wednesday, September 9, 2009

Family Cikgu Samsuri & Cikgu Zuraida : Semoge tabah menghadapi dugaan..

"MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS KEPADA KELUARGA EN. RIZAHISYAM SAMSURI"

Hrni ini aku dikejutkan dengan berite yg sgt2 sedih.. Rumah ex cikgu aku mase skolah rendah (Cikgu Samsuri) dn wife die Cikgu Zuraida as cikgu tusyen telah mengalami kebakaran pada 8 Sept 2009. Kebetulan lak si Rizal (kawan bergaduh aku mase kecik) & sekarang kitorang kerje same2 dlm 1 Bahagian kt JPA ni **keciknyer dunie nih..

Mase memo sumbangan ikhlas sampai kt meja aku ptg td.. terus tersentap jap jiwe.. Dalam hati baru tau nape Rizal x dtg keje smlm & hrni.. still x percaye lg rumah tempat aku tusyen UPSR dulu terbakar. Terus je aku kol Rizal tanye kabar. Alhamdulillah Cikgu selamat.. tp rumah mmg agak teruk gak. Dapur mmg tinggal tiang jer.. Dugaan sungguh.. Dahlar next month adik Rizal (gurl) merangkap anak bongsu Cikgu nak kawen.. & Cikgu Samsuri pun tgh X berape sehat skrg.. slalu berulang ke HUKM for Lung Cancer Treatment.. Lebih sadis lagi.. last week Cikgu Samsuri baru je kehilangan adik beliau..

Semoga Allah S.W.T memberi kekuatan kepada Cikgu Samsuri sekeluarga dalam menghadapi dugaan yang mendatang.. Amin..

Tuesday, September 8, 2009

Qisya 6 bulan

suke sgt melaram & asyik tersengeh2 rase cm cantek bler pakai topi.. huhu


bler meniarap asyik nak angkat buntut.. tp gerak ke dpn lg pun...


time mkn mesti nak berebut sudu & mangkuk.. bler dah dapat hepi gler...

botol pun nk pegang sendiri.. xnak org pegang.. sambil minum sambil nak boraklar.. nak tgk tvlar.. nak tegur ibu abah dielar... ade je idea dier


Huhu.. mcm x caye jer Qisya dah 6 bulan.. rase cm baru je lg dalam pantang.. nipun dah mcm2 perangai die tunjuk.. lain bulan lain perangai.. mase dlm pantang dulu lain minggu lain perangai.. ni baru sorang.. tp pelik.. x rase letih pun jage kerenah baby nih.. xtaular kenape ade insan tergamak nak dere budak2 kecik nih...

**Ya Allah Ya Tuhanku.. lindungilar anakku... jauhilar dirinya dari segala malapetaka.. jdkanlar die anak yang solehah serta membahagiakan semua orang.. amin...**






5 September




Terima kasih banyak-banyak kat abah Qisya sebab belanje kitorang buke kt Secret Recipe!! & most special thanks sbb bg ibu present henfon baru.. saaaayaangg abah Qisya!!!














Thursday, July 16, 2009

**mama** - layan jiwe jap.. hehe...

Mama

Mama thank you for who I am
Thank you for all the things I'm not
Forgive me for the words unsaid
And for the timesI forgot
Mama remember all my life
You showed me love,you sacrificed
Think of those young and early days
How I've changedAlong the way (along the way)
And I know you believed
And I know you had dreams
And I'm sorry it took all this time to see
That I am where I am because of your truth
And I miss you , I miss you
Mama forgive the times you cried
Forgive me for not making right
All of the storms I may have caused
And I've been wrongDry your eyes (dry your eyes)
BECAUSE I know you BELIEVEMama
I hope this makes you smile
I hope you're happy with my life
At peace with every choice I made
How I've changedAlong the way (along the way)
Cause I know you believed in all of my dreams
And I owe it all to you ,mama

PROGRAM BIASISWA YDPA

" Open to all my friends yang pass all the requirements below. If ade yang interested do contact me k??"

Kursus:
Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2009 Kelolaan Jabatan Perkhidmatan Awam

Tarikh Tutup Permohonan :
24 Ogos 2009

Tarikh Makluman Calon yang disenarai pendek untuk Temuduga :
10 September 2009

Tajaan :
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Rujukan :
Lampiran (maklumat penuh)

Kategori :
Warganegara Malaysia sahaja

Syarat - syarat :
Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian;
iii. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
iv. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
v. Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
vi. Mendapat tempat pengajian di institusi pengajian tinggi awam tempatan atau di universiti terkemuka dunia (Ivy League) dan setara.

Bagi pemohon yang terdiri daripada kakitangan perkhidmatan awam, pemohon hendaklah mengisi borang tambahan iaitu borang JPA(L)LDP 1B/96 (Pin.1/2003) dengan pengesahan markah LNPT oleh Ketua Jabatan untuk 3 tahun (2006, 2007 dan 2008).

Tempat :
Universiti Terkemuka (Dalam dan Luar Negara)

Tempoh :
Ph.D ( 3 tahun )
Sarjana ( 1 – 2 tahun )

Dokumen Permohonan :

i) Borang Biasiswa Yang di-Pertuan Agong
ii) Borang JPA(L)LDP 1B/96 (Pin.1/2003) (Perlu diisi oleh Kakitangan Perkhidmatan Awam Sahaja)

Pegawai Bertanggungjawab:
Puan Hawa Liyana bt Hashim

Tel: 03-8885 3436 / 3892
Faks: 03-88892172

E-mel: esila@jpa.gov.my

Monday, June 29, 2009

WEEKEND @ TEMERLOH

Last week call mak cadang nak balik ktn weekend.. rupenye mak ngan wan balik temerloh khamis smpai ahad... en shah dgn sukenyer ckp.. balik temerloh lar!! bleh mkn ikan patin!!! huhu.. cik abang sorang nih.. semangat lak die nak blk tmloh.. tp pg2 sabtu.. qisya jugak yang bgn dulu... tersengeh2 tgk ibu ngan abah die liat2 nak bgn.. hehe.. nasib baik qisya x pandai bwk keter lg.. kalau x.. mesti ibu ngan abah kene tinggal..

so pg sabtu.. kul 10 lebey kitorang kuar umah.. g jumpe abg imran dulu amik cd kawen.. cd kawen?? haha.. anak dah nak pandai ckp dah baru g amik cd... pastu jem lak kt mrr2.. kul 12 baru smpai gombak.. kol mak ngan wan kt tmloh diorg masak nasi jer.. its ok.. qisya nak masakkan ikan patin pak usop.. mkn ngan ais jagung yg hebat.. mule2 shah ckp air jagung?? mcm muak jer.. tp rase sket x cukup!!! kan org dah ckp.. air jagung pak usop mmg paling best kt dlm dunie nih!!! ikan patin pak usop mmg best tp fuh.. lambat sket habis.. harituh smpai2 jer die baru tambah lg seperiuk besar.. pak usop pun ckp.. 15 minit lg dik.. aku pun tunggu jelar kt tepi.. (shah tunggu Qisya dlm keter)... skali aku rase mcm diri ni sgt kerdil.. yg tunggu skali ngan aku semue pakcik2 yg bdn besar2.. fuh xleh jd nih.. aku pun g kt keter mtk cik abang yg g beraturkan.. masuk je keter si qisya x hbs2 tersengeh pandang ibu dier.. konpius lak nape die seronok sgt.. tbe2 semerbak bau.. upenyer anak ibu ni berak!! hoho... habis cuci berak dier baru en shah balik bawak ikan patin pak usop smbil membebel2 pakcik2 berebut.. huhu.. itular penangan ikan patin gulai tempoyak pak usop....

2.45pm.. baru smpai umah wan.. masuk2 jer qisya jemput wan ngan moyang dier mkn ikan patin pak usop.. rupenyer wan ngan moyang qisya dah lunch pun... diorg lapo sgt tunggu qisya masak.. aiyak.. cian diorg.. xper.. simpan dlm peti dulu.. mlm panaskan....

petang kol along.. (along dr terengganu).. along.. tdo r temerloh mlm nih.. along pun ckp ok.. tp lambat sket smpai dgn permintaan tempat tdo diorg dah disetelkan.. smpai2 blh terus tdo.. byk cantek!! nsb baik wan baik.. wan lar yg siapkan tempat tdo along & company.. huhu...

pukul 10 lebey mlm.. wan ajak g umah wancik... lame x jenguk wancik & akicik.. qisya pun x pnah jumpe moyang cik dier..

12 lebey balik umah balik.. qisya pun dah ngantuk.. penat borak ngan moyang2 dier... smpai umah.. qisya baru nak tdo.. abg mamat lak smpai.. maklong bukak kedai lak tunjuk kain2 batik yg die bli kt ganu.. dah qisya bulat balik mate... kul 2 baru anak ibu tdo.. cian dier...

pg ahad.. qisya gak bgn dulu kejut ibu ngan abah.. sengeh2 mtk susu.. pas nyusu tdo blk.. ngantuk sgt dier.. kul 9 lebey baru bgn balik mandi & siap2 g pekan sehari.. tgh2 org ramai kt pekan sehari tupun qisya slumber je tdo.. ibu ngan abah dier r berpeluh2 dukung dier.. huhu...

pas tghr baru siap2 balik bangi.. moyang qisya naik keter skali sbb keter along dah penuh ngan barang... bef balik singgah umah wancik lg sbb along nk singgah.. smpai2 akicik tgh mengesot kuar dari bilik air nak solat.. (akicik dh x larat nk jln).. si mamat punyelar pandai.. ckp kuat2 dpn akicik.. atih.. moyang yg tuh xleh jalan.. pastu ckp lg.. moyang yg ni (wan) moyang kakak.. moyang yg tu (wancik) moyang adik.. moyang yg sane (akicik).. moyang baby.. whahahaha.. tergelak semue org.. ape r abang mamat nih.. ade ke ckp akicik moyang baby.. tp agak2 akicik kecik ati x?? mamat ckp cmtu sbb die tgk akicik merangkak.. ehm.. budak2..

si qisya lak bkn main seronok lg borang2 ngan wancik.. kembang2 idung nak sgt bercakap.. hehe.. masuk keter ngamuk sbb dh ngantuk sgt.. mule r tdo smpai x ingat nk minum susu...

smpai kl kul 6.. antar wan & kitorg terus balik bangi.. qisya x bgn2 lg tdo.. dkt kul 9 batu bgn.. salin baju & pampers dier.. sengeh2 seronok sgt ibu ngan abah bwk die g tmloh.. pastu tdo balik smpai pg baru bgn.. cian anak ibu penat jln jauh...

& hrni.. isnin dtg lg.. come back to work!!!

Monday, June 22, 2009

MONDAY BLUES

Isnin datang lg!!! hoho... ehm malas2 je nk dtg keje pas 2 hari dok umah ngan qisya & abah qisya.. hrni ingat nak pose tp pg td lapo gler sbb mlm td mamam sekeping roti jer... smlm abah qisya demam.. cian dier so tghr smlm abah qisya request bubur nasi.. uwh.. aku pun cam sgtlar x berselere sbb aku x suke bubur.. tp sbb cik abang dah request kan.. so masak gaklar... tbe2 cam terfikir nak bagi sedap sket.. aku pun kuarkan ayam dlm freezer.. tumbuk segale bahan yg boleh jd rencah mcm serai, bawang, halia, lade itam, campur kicap sket bagi kaler.. pastu aku bakar.. mkn ngan bubur.. huhu.. berselere lak aku tgk cik abang mkn.. abis nak dekat 2 pot aku masak.. hehe.. ptg kitorg mkn goreng pisang lak.. mlm dah kenyang gler tu yang mkn sekeping roti jer.. pg ni lapo gler.. hoho

tp ok gaklar sbb pg td teman nazri g JPM ade intvw.. jauh gler jln tgh panas.. Putrajaya office ni horror betul parking spacenyer... td terpakse jd pengadil nazri tp nasib baiklar x lame sgt.. tupun bos dah bising2 ramai2 kuar pg td.. nak wat cner bos... SAYA MENURUT PERINTAH.. huhu... ckp pasal bos ni.. x lame je lg bos ni ngan kitorang.. bestnyer bos dah nak g Jepun 3 tahun.. dapt bos baru lg.. **bile aku nak jd PPL gak ni...

Thursday, June 18, 2009

My Family


Nilar gambar family aku.. Gambar ni kitorang amik mase g reunion shahians batch spm1999. Mase tu Qisya baru genap 2 bulan.. hehe...


'Our Wedding'


Kitorang kawen 31 Mei 2008... So 31 Mei 2009 baru ni.. dah sambut 1st anniversary kitorang.. Alhamdulillah.. setahun pertame yang best!! Semoga best n happy forever!! amin...


'Suamiku' : Mr Mohd Shah Reedza bin Mohd Din


Die nilar suamiku yang sgt aku sgt sayang.. huhu.. Alhamdulillah.. mmg segale2nye best die ni.. x pandai nak gaduh2 ngan dier.. **kene kentut pun happy.. hoho.. sgt rajin tlg bini die basuh pinggan, kemas umah, jage anak & mcm2 lglar.. suami mithali betul ;)


'Our Lovely Princess' : Qisya Sofea bt Mohd Shah Reedza
Nilar Qisya.. anak kitorang yang 1st.. Dilahirkan pada pukul 10.30pg 5 Mac 2009 kat Pusat Rawatan Islam Az Zahra.. :)