Wednesday, September 15, 2010
DI SEBALIK KEJADIAN....
Bulan Ramadhan tahun nih banyak sgt dugaan yang terpakse dilalui.. Stress sangat sampai menitik air mate depan bos.. terketar2 lar tangan nih menahan marah.. macam2 lglar yg terjadi..
Tapi bile fikir2 balik.. mesti akan ada hikmah di sebalik semue kejadian nih.. kalau tak dapat kat kite.. InsyaAllah akan dapat kt anak2.. suami.. family.. n sahabat2 yang ad kat sekeliling kite.. of course kite kene lalui jugak dugaan walau ape pun yang terjadi.. semue ni dah ditentukan.. Allah S.W.T dah kurniakan kite akal fikiran untuk bertindak dengan wajar sekali.. tapi sedih ble ramai yang dah semakin tak rasional..
tolonglar wahai manusia2 di luar sana.. saye merayu sangat agar anda semue sentiase bersifat rasional.. takde nak menuduh orang itu dan ini.. ape yang penting sekali dalam hidup ni.. SABAR...
**Bismillahirrahmanirrahim... Ya Allah Ya Tuhanku.. Kuatkanlar iman kami semue.. Berilah kami petunjuk dan hidayahMu.. Tetapkanlah iman KAMI Ya Allah......
Wednesday, July 14, 2010
Wednesday, June 23, 2010
TEKNIK SUNTINGAN FOTO
++ Sesungguhnye jiwe ni sgt2 nak bli kamera hebat (DSLR).. tapi tidak berkemampuan...
++ Jiwe ni jugak sgt suke tgk gambar cantik2.. sgt2 kagum gambar org amik cantik2.. pastu edit cantik2... saye nak buat jugak.. tapi cm xde skill...
++ Saye sgt2 kagum cousin saye boleh buat buku KOMPILASI TEKNIK SUNTINGAN FOTO...
++ Abang Imran!!! saye nak buku nih!!!!!
++ Abang Imran!!! Tolong ajar saye!!!!!
++ Ade mase ke aku nak buat semue nih kalau pandai nanti..
++ wing...wing..wing....
Monday, May 31, 2010
ANTARA PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIKOMEN
Dipaksa minum jus stoking
nuraishah.amin@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Selepas empat hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) akhirnya meninggal dunia semalam.
Nor Hashimah Wahid, 30, disahkan meninggal dunia pukul 6.35 pagi akibat jangkitan paru-paru ketika sedang menjalani latihan Modul Jati Diri di Kem Latihan Jugra, Banting anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) sejak 23 Mei lalu.
Difahamkan, Nor Hashimah yang bertugas di Kementerian Kewangan, Putrajaya dipaksa menjalani latihan lasak di situ walaupun pernah mengadu tidak sihat.
Seseorang pelatih PTD wajib mengikuti latihan tersebut selama tujuh bulan yang merupakan antara syarat untuk pengesahan jawatan.
Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali memberitahu, mangsa pernah mengadu tidak sihat ketika latihan masuk hari kedua tetapi dia disahkan hanya mengalami demam biasa selepas mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.
"Keadaan bertambah buruk apabila kami semua dipaksa menjalani latihan fizikal yang keras termasuk berkayak selama empat jam, berendam dalam kolam berlumpur dan minum air jus stoking," katanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, ekoran latihan lasak itu, Nor Hashimah semakin tenat apabila mukanya kelihatan pucat dan bibir kebiru-biruan sebelum dihantar ke HTAR Jumaat lalu.
Sementara itu, abang ipar mangsa, Zakir Hussain, 41, memberitahu, mereka sekeluarga amat kesal dengan tindakan pihak pengurusan program latihan yang langsung tidak memberitahu mereka mengenai kesihatan Nor Hashimah.
"Pelatih tidak dibenarkan menggunakan telefon dan masa arwah demam pun mereka tidak beritahu kami. Suami arwah hanya dihubungi selepas dia dimasukkan ke ICU," katanya.
Dalam pada itu, ibu mangsa, Norlia Hashim, 61, memberitahu, dia mendapati ada kesan luka dan lebam pada tubuh anak bongsunya itu ketika memandikan jenazah
"Bagaimanapun, saya tidak tahu apakah punca kesan lebam dan luka itu," katanya.
AL-FATIHAH
Oleh Badrul Kamal Zakaria
bhnews@bharian.com.my
2010/05/31
Norhashimah Wahid
Norhashimah Wahid
Pelatih PTD alami jangkitan paru-paru serius
KLANG: Seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami jangkitan paru-paru yang serius ketika menjalani latihan intensif ala komando di sebuah kem latihan di Banting, dekat sini.
Norhashimah Wahid, 30, yang baru mengikuti latihan selama tiga setengah bulan itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, sejak empat hari lalu.
Ibu kepada seorang anak itu, yang sebelum ini bekerja di sektor perbankan, mula menjalani latihan asas di situ sebagai syarat kelayakan untuk menjadi PTD.
Abang ipar Norhashimah, Zulyusri Zainal Abidin, 33, berkata mangsa pernah mengadu tidak sihat dan dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan ketika menjalani latihan tetapi hanya disahkan demam biasa sebelum kembali ke kem terbabit.
“Norhashimah pernah memberitahu tenaga pengajar yang beliau mahu pulang ke rumah untuk berehat tetapi dimaklumkan, jika enggan meneruskan latihan, beliau perlu menjalani semula latihan berkenaan selepas dua tahun,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di pekarangan bilik Unit Rawatan Rapi HTAR, di sini, semalam.
Zulyusri berkata, walaupun masih dalam keadaan lemah, adik iparnya itu dikatakan dipaksa menjalani latihan sama selepas bersetuju meneruskannya.
“Melihatkan keadaan Norhashimah yang lemah, beberapa rakannya mencadangkan beliau supaya berhenti atau mengambil cuti dan cadangan berkenaan dipersetujuinya.
“Bagaimanapun, seorang tenaga pengajar datang ke tempat Norhashimah sebelum memaksanya kembali meneruskan latihan.
“Ketika Norhashimah mahu mengambil sehelai jaket untuk mengurangkan kesan demam, tenaga pengajar terbabit merampas jaket berkenaan dan menyuruhnya terjun ke dalam sebuah parit berlumpur,” katanya.
Zulyusri berkata, selepas beberapa hari, keadaan Norhashimah menjadi semakin lemah serta tercungap-cungap sebelum beberapa rakan pelatih membawanya menemui tenaga pengajar di situ supaya dihantar menjalani rawatan di Hospital Banting (HB).
“Norhashimah hanya ditempatkan di wad HB selama sehari dan pernah memohon pihak kem supaya memaklumkan keadaan dirinya kepada keluarga tetapi tidak diendahkan, sebaliknya tiba semula di kem itu, beliau diarah menjalani latihan walaupun masih lemah.
“Adik ipar saya kemudian jatuh pengsan selepas keadaannya bertambah teruk. Tenaga pengajar kemudian membawanya menjalani rawatan di HB sebelum dipindahkan ke HTAR. Beliau kemudian disahkan mengalami jangkitan paru-paru berair (pneumonia) yang menyebabkannya sukar bernafas,” katanya.
Zulyusri berkata, keluarga Norhashimah berhasrat membuat laporan polis mengenai dakwaan pihak pengajar dan pengurusan kem terbabit yang didakwa gagal menjaga kebajikan pelatih dan berkemungkinan menyaman pihak terbabit jika dakwaan itu benar.
Tuesday, May 18, 2010
**BULAN ROMANTIK**
Bulan ni bulan romantik sebab 31 Mei nih kitorangnyer Anniversary.. hihi.. so kunun2 jiwang jap.. lagu ni ditujukan untuk abang encem dan juge cik puteri comel yang solehah.. huhu...
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Kau yang bernama cinta
Maaf jikaku tidak sempurna
Mencintai dirimu
Kau yang bernama cinta
Kau yang bernama cinta
Thursday, April 8, 2010
+ QISYA 1 TAHUN + 5 MAC 2010 :)
Ni birthday kek Qisya yang abah die beli... makan ngan anggut, ninau, & oma n family & abg e'en dier...
abg E'en Qisya pun excited sgt2!!!
ni pulak gambar kek yang didatangkan khas dari Aunty Da!!! I love U Aunty Da!!! tenkiyu!!!!!!! thn depan nak lagi!!!! hehe.. sedap dan comel!!! tgklar kakak2 sepupu die kat bawah ni .. diorg pun suke sgt2!!!! tenkiyu!!!!! terharu gler sbnarnye ble dpt kek nih.. huhu.. semoge aunty da cepat2 bg Qisya adik.. : )
ni gambar besoknye Qisya g main layang2 naik basikal anggut die bg as die punye birthday present sambil makan coklat.. syoknyer!!!!
Monday, April 5, 2010
PENULISAN
Kenape tajuk ni yang aku pilih setelah sekian lama blog ni dah tak di update... sebab aku rase blog ni sangat berkait rapat dengan penulisan.. kalau tak menulis atau dalam erti kata lain.. tak menaip.. tak terupdate lar blog mana-mana pun.. Terus terang dekat sini yang bidang penulisan is noooootttttttttt really me.. hehe.. atau sebenarnya memanglar aku ni sangat tak pandai menulis... kalau ade menulis pun mesti jadi sangat merapu..
Tetapi.. Allah SWT telah menetapkan rezeki aku bekerja dekat sini yang sangat-sangat banyak kena buat paperwork.. huhu.. memanglar mula-mula masuk sangat-sangat tak pandai.. almost hari-hari pun kena sound dengan bos.. kene lecture kelas Bahasa Melayu.. daripada cara-cara nak menjawab surat, email sampailar buat paper.. semuanya kene bambu dulu ngan bos... ammendment tak usah ceritalar banyaknya macam mana.. huh.. sampai sekarang pun sebenarnya masih tak pandai-pandai lagi buat ayat..
Ke.. aku ni kurang membaca??? hihi.. yelar kot...
Tuesday, November 24, 2009
ade lagi artikel yang best! Apa Rahsia menyebabkan Anak Yahudi Bijak Pandai berbanding Anak Orang Islam
** ok then aku terbace 1 artikel ni.. penulis blog pun amik dari internet.. so bacelar.. renung2kan.. n teladanilah..
Apa Rahsia menyebabkan Anak Yahudi Bijak Pandai berbanding Anak Orang Islam
(Artikel ini diambil dari Internet yang telah memang dialih bahasa)
Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Cerita Penguin Yang Taat
Thursday, 05 November 2009 21:27 Pentadbir Ratuhati.com
Aku memandang anak-anakku, terdetik dihatiku, selalunya jika aku meminta mereka melakukan sesuatu, mereka akan merungut, bercerita mengapa itu, mengapa ini tetapi masih tetap tidak mahu melakukannya. Aku tahu anak aku lebih pintar daripada penguin tersebut. Tetapi apa yang membuatkan mereka berkelakuan begitu, amat sukar mengikut nasihat, pujukan apatah lagi perintah.Selepas tamat persembahan, aku membuat keputusan untuk bertanya jurulatih penguin tersebut bagaimana dia boleh melatih penguin tersebut melakukan apa sahaja arahannya dengan taat sekali. Sambil memandang kearah anak-anakku, dia berkata "Tidak seperti ibubapa, setiap kali penguin saya melakukan apa yg saya suruh, saya akan beri perhatian sepenuh kepadanya, memberi pelukan kepadanya dan memberinya ganjaran iaitu ikan".Serta merta terlintas di hatiku, setiap kali anak aku melakukan apa yang aku pinta ataupun sesuatu yang baik, aku sama ada kurang atau amat jarang sekali memberi perhatian kepadanya, mungkin kerana aku seorang yang sentiasa sibuk. Tetapi setiap kali anakku tidak mahu melakukannya, perhatian ku tertumpu kepadanya sebab aku tidak mahu membuat mereka menjadi anak yang ingkar.Ini sebenarnya secara tidak langsung aku mengajar mereka menjadi "little monster" atau pembangkang cilik jika mereka mahu perhatianku. Sejak hari itu aku cuba sedaya upaya memberi perhatian yang lebih kepada setiap tidak tanduk mereka yang baik dan memberi ganjaran setimpal dengannya. Aku utamakan pelukan, ciuman dan juga sentuhan yang mana itu juga merupakan tindakan fizikal yang amat berkesan menyalurkan perasaan kasih sayang.Kita tenggelam dengan cara pemikiran yang lebih menonjolkan benda-benda yang negatif, contohnya tajuk-tajuk utama akhbar selalunya mengenai musibah yang melanda, menonton TV pula dgn cerita keluarga yg porak poranda, filem pula mengenai tembak menembak, bunuh membunuh dan kemusnahan dunia yang mana mempengaruhi minda separuh sedara kita untuk hanya memberi perhatian kepada perkara-perkara negatif.Di dalam hidup kita apa yang kita fokuskan itu yang menjadi realiti hidup kita ini. Jika kita fokus akan kedegilan anak-anak, kemalasan suami, kelancangan mulut isteri, itu juga yang akan lebih berkembang biak menjadi lebih teruk dari hari kehari.Energy Flows Where Attention Goes.
Sunday, September 27, 2009
Wednesday, September 9, 2009
Family Cikgu Samsuri & Cikgu Zuraida : Semoge tabah menghadapi dugaan..
Hrni ini aku dikejutkan dengan berite yg sgt2 sedih.. Rumah ex cikgu aku mase skolah rendah (Cikgu Samsuri) dn wife die Cikgu Zuraida as cikgu tusyen telah mengalami kebakaran pada 8 Sept 2009. Kebetulan lak si Rizal (kawan bergaduh aku mase kecik) & sekarang kitorang kerje same2 dlm 1 Bahagian kt JPA ni **keciknyer dunie nih..
Mase memo sumbangan ikhlas sampai kt meja aku ptg td.. terus tersentap jap jiwe.. Dalam hati baru tau nape Rizal x dtg keje smlm & hrni.. still x percaye lg rumah tempat aku tusyen UPSR dulu terbakar. Terus je aku kol Rizal tanye kabar. Alhamdulillah Cikgu selamat.. tp rumah mmg agak teruk gak. Dapur mmg tinggal tiang jer.. Dugaan sungguh.. Dahlar next month adik Rizal (gurl) merangkap anak bongsu Cikgu nak kawen.. & Cikgu Samsuri pun tgh X berape sehat skrg.. slalu berulang ke HUKM for Lung Cancer Treatment.. Lebih sadis lagi.. last week Cikgu Samsuri baru je kehilangan adik beliau..
Semoga Allah S.W.T memberi kekuatan kepada Cikgu Samsuri sekeluarga dalam menghadapi dugaan yang mendatang.. Amin..
Tuesday, September 8, 2009
Qisya 6 bulan
**Ya Allah Ya Tuhanku.. lindungilar anakku... jauhilar dirinya dari segala malapetaka.. jdkanlar die anak yang solehah serta membahagiakan semua orang.. amin...**
5 September
Thursday, July 16, 2009
**mama** - layan jiwe jap.. hehe...
Mama thank you for who I am
PROGRAM BIASISWA YDPA
Kursus:
Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2009 Kelolaan Jabatan Perkhidmatan Awam
Tarikh Tutup Permohonan :
24 Ogos 2009
Tarikh Makluman Calon yang disenarai pendek untuk Temuduga :
10 September 2009
Tajaan :
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Rujukan :
Lampiran (maklumat penuh)
Kategori :
Warganegara Malaysia sahaja
Syarat - syarat :
Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian;
iii. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
iv. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
v. Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
vi. Mendapat tempat pengajian di institusi pengajian tinggi awam tempatan atau di universiti terkemuka dunia (Ivy League) dan setara.
Bagi pemohon yang terdiri daripada kakitangan perkhidmatan awam, pemohon hendaklah mengisi borang tambahan iaitu borang JPA(L)LDP 1B/96 (Pin.1/2003) dengan pengesahan markah LNPT oleh Ketua Jabatan untuk 3 tahun (2006, 2007 dan 2008).
Tempat :
Universiti Terkemuka (Dalam dan Luar Negara)
Tempoh :
Ph.D ( 3 tahun )
Sarjana ( 1 – 2 tahun )
Dokumen Permohonan :
i) Borang Biasiswa Yang di-Pertuan Agong
ii) Borang JPA(L)LDP 1B/96 (Pin.1/2003) (Perlu diisi oleh Kakitangan Perkhidmatan Awam Sahaja)
Pegawai Bertanggungjawab:
Puan Hawa Liyana bt Hashim
Tel: 03-8885 3436 / 3892
Faks: 03-88892172
E-mel: esila@jpa.gov.my
Monday, June 29, 2009
WEEKEND @ TEMERLOH
so pg sabtu.. kul 10 lebey kitorang kuar umah.. g jumpe abg imran dulu amik cd kawen.. cd kawen?? haha.. anak dah nak pandai ckp dah baru g amik cd... pastu jem lak kt mrr2.. kul 12 baru smpai gombak.. kol mak ngan wan kt tmloh diorg masak nasi jer.. its ok.. qisya nak masakkan ikan patin pak usop.. mkn ngan ais jagung yg hebat.. mule2 shah ckp air jagung?? mcm muak jer.. tp rase sket x cukup!!! kan org dah ckp.. air jagung pak usop mmg paling best kt dlm dunie nih!!! ikan patin pak usop mmg best tp fuh.. lambat sket habis.. harituh smpai2 jer die baru tambah lg seperiuk besar.. pak usop pun ckp.. 15 minit lg dik.. aku pun tunggu jelar kt tepi.. (shah tunggu Qisya dlm keter)... skali aku rase mcm diri ni sgt kerdil.. yg tunggu skali ngan aku semue pakcik2 yg bdn besar2.. fuh xleh jd nih.. aku pun g kt keter mtk cik abang yg g beraturkan.. masuk je keter si qisya x hbs2 tersengeh pandang ibu dier.. konpius lak nape die seronok sgt.. tbe2 semerbak bau.. upenyer anak ibu ni berak!! hoho... habis cuci berak dier baru en shah balik bawak ikan patin pak usop smbil membebel2 pakcik2 berebut.. huhu.. itular penangan ikan patin gulai tempoyak pak usop....
2.45pm.. baru smpai umah wan.. masuk2 jer qisya jemput wan ngan moyang dier mkn ikan patin pak usop.. rupenyer wan ngan moyang qisya dah lunch pun... diorg lapo sgt tunggu qisya masak.. aiyak.. cian diorg.. xper.. simpan dlm peti dulu.. mlm panaskan....
petang kol along.. (along dr terengganu).. along.. tdo r temerloh mlm nih.. along pun ckp ok.. tp lambat sket smpai dgn permintaan tempat tdo diorg dah disetelkan.. smpai2 blh terus tdo.. byk cantek!! nsb baik wan baik.. wan lar yg siapkan tempat tdo along & company.. huhu...
pukul 10 lebey mlm.. wan ajak g umah wancik... lame x jenguk wancik & akicik.. qisya pun x pnah jumpe moyang cik dier..
12 lebey balik umah balik.. qisya pun dah ngantuk.. penat borak ngan moyang2 dier... smpai umah.. qisya baru nak tdo.. abg mamat lak smpai.. maklong bukak kedai lak tunjuk kain2 batik yg die bli kt ganu.. dah qisya bulat balik mate... kul 2 baru anak ibu tdo.. cian dier...
pg ahad.. qisya gak bgn dulu kejut ibu ngan abah.. sengeh2 mtk susu.. pas nyusu tdo blk.. ngantuk sgt dier.. kul 9 lebey baru bgn balik mandi & siap2 g pekan sehari.. tgh2 org ramai kt pekan sehari tupun qisya slumber je tdo.. ibu ngan abah dier r berpeluh2 dukung dier.. huhu...
pas tghr baru siap2 balik bangi.. moyang qisya naik keter skali sbb keter along dah penuh ngan barang... bef balik singgah umah wancik lg sbb along nk singgah.. smpai2 akicik tgh mengesot kuar dari bilik air nak solat.. (akicik dh x larat nk jln).. si mamat punyelar pandai.. ckp kuat2 dpn akicik.. atih.. moyang yg tuh xleh jalan.. pastu ckp lg.. moyang yg ni (wan) moyang kakak.. moyang yg tu (wancik) moyang adik.. moyang yg sane (akicik).. moyang baby.. whahahaha.. tergelak semue org.. ape r abang mamat nih.. ade ke ckp akicik moyang baby.. tp agak2 akicik kecik ati x?? mamat ckp cmtu sbb die tgk akicik merangkak.. ehm.. budak2..
si qisya lak bkn main seronok lg borang2 ngan wancik.. kembang2 idung nak sgt bercakap.. hehe.. masuk keter ngamuk sbb dh ngantuk sgt.. mule r tdo smpai x ingat nk minum susu...
smpai kl kul 6.. antar wan & kitorg terus balik bangi.. qisya x bgn2 lg tdo.. dkt kul 9 batu bgn.. salin baju & pampers dier.. sengeh2 seronok sgt ibu ngan abah bwk die g tmloh.. pastu tdo balik smpai pg baru bgn.. cian anak ibu penat jln jauh...
& hrni.. isnin dtg lg.. come back to work!!!
Monday, June 22, 2009
MONDAY BLUES
tp ok gaklar sbb pg td teman nazri g JPM ade intvw.. jauh gler jln tgh panas.. Putrajaya office ni horror betul parking spacenyer... td terpakse jd pengadil nazri tp nasib baiklar x lame sgt.. tupun bos dah bising2 ramai2 kuar pg td.. nak wat cner bos... SAYA MENURUT PERINTAH.. huhu... ckp pasal bos ni.. x lame je lg bos ni ngan kitorang.. bestnyer bos dah nak g Jepun 3 tahun.. dapt bos baru lg.. **bile aku nak jd PPL gak ni...
Thursday, June 18, 2009
My Family

Nilar gambar family aku.. Gambar ni kitorang amik mase g reunion shahians batch spm1999. Mase tu Qisya baru genap 2 bulan.. hehe...



